• home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • contact

Nota Fizik | Physics Notes | SPM Fizik

Nota Fizik | Physics Notes | SPM Fizik
Showing posts with label Form 4. Show all posts
Showing posts with label Form 4. Show all posts

Home » Posts filed under Form 4

Bab 5 : Cahaya

By Mohd Adib | at Saturday, 28 January 2017 09:35 | 8 comments

nota fizik spm
bab 5 cahaya

Nota bab 5 cahaya fizik tingkatan 4 okay? Berikut adalah nota ringkas untuk bab cahaya. Selamat menelaah.

Pantulan

Hukum untuk pantulan

  • Apabila sudut tuju sama dengan sudut pantulan
  • sinar tuju, pantulan dan normal semuanya berada dalam satah yang sama


Contoh gambar di bawah ini :

cermin satah cahaya


Ciri-ciri imej pada cermin satah
  • maya ( di sebalik cermin)
  • songsang sisi
  • saiz objek tidak berubah
  • tegak
  • Jarak antara objek dengan imej = 2x jarak antara objek dan cermin


Cermin Cembung

nota fizik cahaya

Ciri-ciri imej
  • Maya (disebalik cermin)
  • Tegak
  • Mengecil (saiz imej < saiz objek)


Kegunaan Cermin Cembung
  • Cermin kereta
  • Cermin cembung yang dipasang di tepi jalan


Cermin cekung

properties of concave mirror

cermin cekung fizik


Pembiasan

  • Berlaku disebabkan wujudnya perbezan ketumpatan diatara dua medium.
  • Perubahan halaju cahaya

Contoh gambar :

refraction


Apabila sinar tuju dari kawasan kurang ketumpatan (udara) bergerak ke kawasan yang lebih tumpat maka ia akan bergerak dengan perlahan dan sinar pembiasan akan mendekati garisan normal.

Hukum Snell:
index pembiasan, n (always >1) :  sin⁡ i (∡ di udara) / sin⁡ r (∡ dalam medium)
                                                      (V cahaya di udara (3X10ms^-1) / (V cahaya dalam medium)
                                                      (Dalam Nyata,D) / (Dalam Ketara,d)
                                                      1/sin ⁡ic critical angle

Pantulan Dalam Cahaya Penuh

  • Sinar cahaya merembat dari medium lebih tumpat ke medium kurang tumpat.
  • Sudut tujut melebihi sudut genting
  • Contoh : Berlian, Periskop perismatik, binocular, logamaya


Kanta

kanta

Kuasa kanta, P = 1/(f (unit meter)) unit D, Diopter



Kanta Cembung

nota fizik spm

ciri-ciri kanta cembung


Kanta Cekung

  • Imej yang terbentuk di kanta maya adalah maya, tegak dan dikecilkan bagi semua kedudukan objek..


Formula untuk Kanta

lens formula

formula fizik

bab 5 cahaya Nota bab 5 cahaya fizik tingkatan 4 okay? Berikut adalah nota ringkas untuk bab cahaya. Selamat menelaah. Pantulan Huk...



Bab 4 : Haba

By Mohd Adib | at Wednesday, 18 November 2015 02:09 | 7 comments

nota fizik bab 4 haba ok? Berikut adalah nota ringkas untuk fizik tingkatan 4 untuk bab haba .

Keseimbangan Terma

  • Kadar penyerapan haba = kadar pelesapan haba
  • Aliran bersih haba adalah sifar 

Muatan Haba Tentu

  • Jkg-1c-1 
  • Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1oC bagi 1kg bahan.
muatan haba tentu

Pengiraan C water

C water

Electrical E. supplied = Heat E absorbed

Pt = mcθ

t = masa dalam saat

Pengiraan Q=mcθ

fizik bab 4

Final temperature, X?

heat absorbed



Properties of High C material
  • banyak haba diperlukan untuk pemanasan.
  • masa yang lama untuk pemanasan
  • masa yang lama untuk pelesapan haba
  • pengalir haba yang lemah.
Contoh Muatan Haba Tentu
  • Bayu Laut (Siang Hari)
  • Bayu Laut (Malam)

Haba Pendam Tentu Pelakuran, L (Jkg-1) & Pengewapan

Haba yang diperlukan untuk menukarkan 1kg bahan dari
  • pepejal ke cecair tanpa perubahan suhu (Pelakuran)
  • cecair ke gas tanpa perubahan suhu (Pengewapan)
nota fizik tingkatan4

bab 4

Hukum Gas

Kelvin Scale - skala suhu mutlak

K = C + 273

  • Boyle's Law :  P berkadar langsung dengan 1/V 
  • Charle's Law : V berkadar langsung dengan T
  • Pressure Law : P  berkadar langsung dengan  T

P1V1 / T1 = P2V2 / T2
nota fizik bab 4 haba ok? Berikut adalah nota ringkas untuk fizik tingkatan 4 untuk bab haba . Keseimbangan Terma Kadar penyerapan hab...



Bab 3 : Daya Dan Tekanan

By Mohd Adib | at Tuesday, 28 October 2014 11:15 | 17 comments

Bab 3 Daya Dan Tekanan ok?  Seperti biasa Nota Fizik akan menerangkan seringkas yang boleh untuk dijadikan panduan kepada pelajar.

Tekanan

Tekanan = Daya yang bertindak secara normal per unit luas.

Tekanan, P = Daya normal, F / Luas

Tekanan diukur dalam unit pascal (Pa).

Unit untuk tekanan =  Nm-2 , Pa

Tekanan Dalam Cecair

P = hpg
  • h = ketinggian turus cecair
  • p =  ketumpatan bendalir
  • g = pecutan graviti ( 10ms-2 ) 

Tekanan Atmosfera


Patm = 1 Atm = 76cmhg
        = 101.3 kNm-2 = 101.3 kPa>
  • Mempunyai daya dari semua arah
  • Tidak bergantung kepada luas permukaan.
  • Semakin bertambah altitud (ketinggian) , semakin berkurang tekan atmosfera Patm

Prinsip Pascal

  • Apabila tekanan dikenakan kepada bendalir yang tertutup , tekanan akan dihantar sama sepanjang laluan cecair tersebut : Lihat rajah di bawah -
prinsip pascal

Prinsip Archimedes

Archimedes Apabila sesuatu objek tenggelam sebahagian atau sepenuhnya di dalam bendalir (air) , berat cecair yang disesarkan adalah sama dengan daya julangan objek tersebut.

Formula untuk buoyant force

F=pVg

  • p: ketumpatan cecair
  • V: isipadu objek = isipadu cecair yang disesarkan
  • g: graviti (10ms-2)

Prinsip Bernoulli

Semakin tinggi halaju, semakin rendah tekanan .

Contoh fenomena, bumbung rumah melayang ketika ribut. Keadaan ini berlaku kerana halaju angin yang dikenakan di kawasan atas bumbung rumah sangat tinggi.

Natijahnya, tekanan di bawah bumbung tersebut semakin berkurang lalu bumbung rumah akan melayang/ tercabut. :)
Bab 3 Daya Dan Tekanan ok?  Seperti biasa Nota Fizik akan menerangkan seringkas yang boleh untuk dijadikan panduan kepada pelajar. Tekan...



Bab 2 : Daya Dan Gerakan

By Mohd Adib | at Wednesday, 8 January 2014 21:52 | 21 comments

Fizik Bab 2

Nota Fizik untuk bab dua iaitu daya dan gerakan ok? nota yang simple dan padat.

Daya dan Gerakan Fizik TIngkatan 4

  • |s|, sesaran (m)
  • |v|, halaju (ms-1) 
  • |a|, pecutan  (ms-2)
Pita Detik
  • Selang masa di antara dua titik berturutan mewakili 1 detik.
  • T = 1/frekuensi , contoh : T = 1/50hz = 0.02 s
  • Corak gerakan pita detik :


Pita Detik

Formula Asas :
  • a = (v-u)/t
  • s = ut + (1/2)at2
  • v2 = u2 + 2as
Pergerakan mendatar
  • Pada pegun ( tak bergerak ) a= 0 ms-1 
  • Halaju seragam a= 0 ms-1 
Pergerakan mencacang / menegak
  • bergerak keatas a= -10ms-2
  • Bergerak kebawah a=10ms-2
  • ketinggian maksimum v=0ms-2

Inersia
  • Hukum newton yang pertama
  • Objek akan kekal dalam keadaan egun atau dalam halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
  • Jisim ∝ Inersia.

Keabadiaan Momentum 
  • Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran.
  • m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
Momentum


Daya
  • F = ma (N)
  • Mengubah bentuk dan pergerakan sesuatu objek.Vektor ( magnitud + arah )

Daya Impuls
  • Hukum newton kedua.
  • Kadar perubahan momentum terhadap masa tindakan yang singkat bagi sesuatu objekyang bergerak, contohnya semasa perlanggaran.
F = (mv-mu)/t , dimana t ialah masa perlanggaran.
  • Semakin bertambah masa perlanggaran, semakin berkurang daya impuls yang dihasilkan.

Daya Graviti
  • Berat, W = mg (N)
  • g ialah pecutan graviti iaitu 10 ms-2


Dinamik 2 Objek Dalam Sistem

Fizik Nota


Kerja
  • Definisi kerja ialah hasil darab daya dan sesaran.
  • W = F x s 

Tenaga Keupayaan Graviti
  • Ep = mgh (J)
Tenaga Kinetik 
  • Ek= (1/2)mv2

Prinsip Keabadian Tenaga
  • Tenaga tidak boleh (dicipta,dimusnah) TETAPI boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Kuasa
  • Kadar perubahan kerja.
  • P = W/t  (Watt)

Hukum Hook (spring)
  • Pemanjangan suatu bahan kenyal berubah secara langsung dengan daya regangan yang bertindak terhadapnya.
  • Selagi tidak melebihi had kekenyalan.
F = kx
Ep = (1/2)kx2 = (1/2)Fx

Faktor yang memepengaruhi spring 

Had kekenyalan

Nota Fizik untuk bab dua iaitu daya dan gerakan ok? nota yang simple dan padat. Daya dan Gerakan Fizik TIngkatan 4 |s| , sesaran (m...



Bab 1 : Pengenalan Kepada Fizik

By Mohd Adib | at Sunday, 5 January 2014 04:39 | 32 comments

Pengenalan kepada Fizik ok? Nota Fizik bab 1 tingkatan 4 yang simple.

Kuantiti Fizik

  • Kuantiti Fizik ialah sesuatu yang boleh diukur.
  • Mempunyai Magnitud berangka dan unit.
Kuantit Asas
  • Tidak boleh ditakrifkan dalam sebutan kuantiti fizik yang lain. 
  • Maksudnya hanya ada satu unit sahaja.
Kuantiti Terbitan
  • Gabungan kuantiti-kuantiti asas secara darab atau bahagi.
  • Misalnya, ms-2  .

 Kuantiti Asas  Kuantiti Terbitan
 Panjang m  Isipadu m3
 Jisim kg  Ketumpatan kgm-3
 Masa s  Halaju ms-1
 Arus Elektrik A  Pecutan ms-2
 Suhu K  Daya kgms-2
 Tenaga kgm2s-2
 Kerja kgm2s-2
 Momentum kgms-1

Jadual di menunjukkan perbezaan antara kuantiti asas dan terbitan. Sila hafal Kuantiti Asas. Sebabnya dalam exam kertas 1 lazimnya soalan mengenai kuantiti asas akan ditanya.

Tips untuk hafal kuantiti asas: PJMAS

Imbuhan
Imbuhan ialah awalan faktor daraban yang digunakan untuk mewakili nilai kuantiti fizik yang sangat besaratau sangat kecil dalam unit SI.

Imbuhan

Bentuk Piawai
  • Kuantiti Fizik Besar atau Kecil ditulis dalam bentuk piawai agar lebih kemas dan ringkas.
  • Contoh : 602000000 kg ditulis sebagai 6.02x108 kg.

Kuantiti Skalar Dan Kuantiti Vektor
  • Kuantiti Skalar hanya ada magnitud sahaja.
  • Kuantiti Vektor mempunnyai magnitud dan vektor.

 Kuantiti Skalar Kuantiti Vektor
 Panjang Sesaran
 Masa Halaju
 Suhu  Pecutan
 Jisim  Momentum
 Laju  Dya


Cara bacaan Angkup Vernier


Angkup vernier
sumber: cikguwong.blogspot.com

Cara Bacaan Tolok Skru Mikrometer


mikrometer screw gauge


mikrometer


  • Kejituan     : Hampir dengan nilai sebenar
  • Kepersisan : Konsisten
  • Kepekaan   : Kebolehan untuk mengesan sesutu perubahan nilai
 Ralat
  • Ralat bersistem : bacaan yang diperoleh terlalu besar atau kecil berpunca daripada radas.
  • Ralat Rawak     : kesilapan dalam mengira sesutu, seperti membilang bilangan ayunan bandul
  • Ralat Paralaks  : Kesalahan dari manusia

Penyiasatan Saintifik
  • Penyiasatan saintifik ini perlu diaplikasikan dalam kertas 3.
  1. Mengenal pasti masalah
  2. Tujuan
  3. Infrens
  4. Hipotesis
  5. Pemboleh ubah [dimanipulasikan, bergerak balas, dimalarkan]
  6. Definisi operasi
  7. Radas dan bahan.
  8. Prosedur
  9. Pemerhatiaan/Keputusan
  10. Analisis
  11. Perbincangan
  12. Kesimpulan
Pengenalan kepada Fizik ok? Nota Fizik bab 1 tingkatan 4 yang simple. Kuantiti Fizik Kuantiti Fizik ialah sesuatu yang boleh diukur. ...



Next Entries →
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Search Physic Notes

Tags

  • Bab 1
  • Bab 2
  • Bab 3
  • Bab 4
  • Bab 5
  • Form 4

Like FB Nota Fizik !

AdibSite

Thesis By Adib Site