• home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • contact

Nota Fizik | Physics Notes | SPM Fizik

Nota Fizik | Physics Notes | SPM Fizik

Bab 5 : Cahaya

By Mohd Adib | at Saturday, 28 January 2017 09:35 | 8 comments

nota fizik spm
bab 5 cahaya

Nota bab 5 cahaya fizik tingkatan 4 okay? Berikut adalah nota ringkas untuk bab cahaya. Selamat menelaah.

Pantulan

Hukum untuk pantulan

  • Apabila sudut tuju sama dengan sudut pantulan
  • sinar tuju, pantulan dan normal semuanya berada dalam satah yang sama


Contoh gambar di bawah ini :

cermin satah cahaya


Ciri-ciri imej pada cermin satah
  • maya ( di sebalik cermin)
  • songsang sisi
  • saiz objek tidak berubah
  • tegak
  • Jarak antara objek dengan imej = 2x jarak antara objek dan cermin


Cermin Cembung

nota fizik cahaya

Ciri-ciri imej
  • Maya (disebalik cermin)
  • Tegak
  • Mengecil (saiz imej < saiz objek)


Kegunaan Cermin Cembung
  • Cermin kereta
  • Cermin cembung yang dipasang di tepi jalan


Cermin cekung

properties of concave mirror

cermin cekung fizik


Pembiasan

  • Berlaku disebabkan wujudnya perbezan ketumpatan diatara dua medium.
  • Perubahan halaju cahaya

Contoh gambar :

refraction


Apabila sinar tuju dari kawasan kurang ketumpatan (udara) bergerak ke kawasan yang lebih tumpat maka ia akan bergerak dengan perlahan dan sinar pembiasan akan mendekati garisan normal.

Hukum Snell:
index pembiasan, n (always >1) :  sin⁡ i (∡ di udara) / sin⁡ r (∡ dalam medium)
                                                      (V cahaya di udara (3X10ms^-1) / (V cahaya dalam medium)
                                                      (Dalam Nyata,D) / (Dalam Ketara,d)
                                                      1/sin ⁡ic critical angle

Pantulan Dalam Cahaya Penuh

  • Sinar cahaya merembat dari medium lebih tumpat ke medium kurang tumpat.
  • Sudut tujut melebihi sudut genting
  • Contoh : Berlian, Periskop perismatik, binocular, logamaya


Kanta

kanta

Kuasa kanta, P = 1/(f (unit meter)) unit D, Diopter



Kanta Cembung

nota fizik spm

ciri-ciri kanta cembung


Kanta Cekung

  • Imej yang terbentuk di kanta maya adalah maya, tegak dan dikecilkan bagi semua kedudukan objek..


Formula untuk Kanta

lens formula

formula fizik

bab 5 cahaya Nota bab 5 cahaya fizik tingkatan 4 okay? Berikut adalah nota ringkas untuk bab cahaya. Selamat menelaah. Pantulan Huk...

Read More



Bab 4 : Haba

By Mohd Adib | at Wednesday, 18 November 2015 02:09 | 7 comments

nota fizik bab 4 haba ok? Berikut adalah nota ringkas untuk fizik tingkatan 4 untuk bab haba .

Keseimbangan Terma

  • Kadar penyerapan haba = kadar pelesapan haba
  • Aliran bersih haba adalah sifar 

Muatan Haba Tentu

  • Jkg-1c-1 
  • Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1oC bagi 1kg bahan.
muatan haba tentu

Pengiraan C water

C water

Electrical E. supplied = Heat E absorbed

Pt = mcθ

t = masa dalam saat

Pengiraan Q=mcθ

fizik bab 4

Final temperature, X?

heat absorbed



Properties of High C material
  • banyak haba diperlukan untuk pemanasan.
  • masa yang lama untuk pemanasan
  • masa yang lama untuk pelesapan haba
  • pengalir haba yang lemah.
Contoh Muatan Haba Tentu
  • Bayu Laut (Siang Hari)
  • Bayu Laut (Malam)

Haba Pendam Tentu Pelakuran, L (Jkg-1) & Pengewapan

Haba yang diperlukan untuk menukarkan 1kg bahan dari
  • pepejal ke cecair tanpa perubahan suhu (Pelakuran)
  • cecair ke gas tanpa perubahan suhu (Pengewapan)
nota fizik tingkatan4

bab 4

Hukum Gas

Kelvin Scale - skala suhu mutlak

K = C + 273

  • Boyle's Law :  P berkadar langsung dengan 1/V 
  • Charle's Law : V berkadar langsung dengan T
  • Pressure Law : P  berkadar langsung dengan  T

P1V1 / T1 = P2V2 / T2
nota fizik bab 4 haba ok? Berikut adalah nota ringkas untuk fizik tingkatan 4 untuk bab haba . Keseimbangan Terma Kadar penyerapan hab...

Read More



Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

By Mohd Adib | at Monday, 3 November 2014 10:35

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan ye?  Okay sebelum itu anda tahukah apa itu Shaklee ? Jika tak tahu atau kurang tahu, anda berada di tempat yang betul untuk bongkar apa itu shaklee.

Kita bermula dengan sejarah ringkas mengenai produk Shaklee ini.

Shaklee


SEJARAH
Dr. Forrest C. Shaklee merupakan orang penting dalam kewujudan produk Shaklee ini. Tanpa beliau mungkin produk ini tidak tercipta. Beliau telah menciptakan "Shaklee's Vitalized Minerals" pada tahun 1915. Bermula tahun 1956, beliau telah mengasaskan Shaklee Corporation dengan dibantu oleh dua orang anaknya dalam menghasilkan produk nutrisi suplement. Ya pada tahun tersebut merupakan permulaan era Shaklee ini.

Produk ini telah berkembang secara meluas dan mula bertapak di beberapa buah negara iaitu Canada, Japan, Malaysia, Mexico, Taiwan, China dan Indonesia.

Okay rasaya cukup sudah mengulas tentang sejarah Shaklee ini. Berbalik kepada tajuk utama:


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan ?

Percaya atau tidak, sudah 50 tahun syarikat Shaklee ini beroperasi. Sudah pasti dalam tempoh 50 tahun pelbagai proses telah dilakukan dalam menghasilkan pelbagai produk berkualiti. 50 tahun bukanlah tempoh yang singkat.

Dek kerana itulah produk tersebut seperti vitamin Shaklee berjaya meningkatkan kepercayaan jutaan keluarga dan orang ramai dalam dalam mencorak gaya hidup sihat.

Pihak Shaklee juga telah menegaskan tiga perkara penting yang mereka pegang iaitu:
  • Sentiasa Selamat
  • Sentiasa Berkesan 
  • Sentiasa Mesra Alam
Produk ShakleeSELAMAT:  Mereka hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan setiap produk. Tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk. Pihak Shaklee juga telah menjalinkan kerjasama dengan  ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia. Kemaskini akan dilakukan bagi mengelakkan bahan kimia tersebut mencemari produk Shaklee.


BERKESAN: Sebanyak 100 laporan saintifik telah diterbitkan oleh Shaklee dalam membuktikan keberkesanannya. Dalam salah satu kajian tersebut membuktikan seseorang yang mengambil suplemen Shaklee ternyata lebih baik dari segi kesihatan berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Malahan golongan atlet juga menjadi pengguna produk shaklee ini. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

MESRA ALAM:

Green

Set Vitamin Shaklee
Pelbagai produk yang ditawarkan Shaklee antaranya :
  • Pemakanan Sihat
  • Penjagaan Berat Badan
  • Penjagaan Diri Dan Kecantikan
  • Penjagaan Rumah
 Antara vitamin yang ditawarkan bagi nutrisi penting

Shaklee

Setiap vitamin mempunyai kesan yang berbeza. Contohnya vitamin B Complex merupakan komponen asas dalam mengekalkan diet seimbang. Vitamin Alfalfa Complex juga mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee.

Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.

Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.

Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.

Dapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu: YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu), BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah), ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah), SihatVitamin (Seremban).

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Shaklee. Sudah ramai yang menggunakan produk Shaklee dan merasai kesannya.

Anda Bila Lagi?

Oh Ya.

Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin Kesihatan, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA Online, Kongsi Bersama Nora, Dunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.

p/s: Terasa janggal apabila blog berniche education cerita produk kesihatan. Hehe. Btw, mohon share entri ini ye. Sekadar mencuba nasib masih newbie. 
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan ye?  Okay sebelum itu anda tahukah apa itu Shaklee ? Jika tak tahu atau kurang tahu, anda berada di t...

Read More



Bab 3 : Daya Dan Tekanan

By Mohd Adib | at Tuesday, 28 October 2014 11:15 | 17 comments

Bab 3 Daya Dan Tekanan ok?  Seperti biasa Nota Fizik akan menerangkan seringkas yang boleh untuk dijadikan panduan kepada pelajar.

Tekanan

Tekanan = Daya yang bertindak secara normal per unit luas.

Tekanan, P = Daya normal, F / Luas

Tekanan diukur dalam unit pascal (Pa).

Unit untuk tekanan =  Nm-2 , Pa

Tekanan Dalam Cecair

P = hpg
  • h = ketinggian turus cecair
  • p =  ketumpatan bendalir
  • g = pecutan graviti ( 10ms-2 ) 

Tekanan Atmosfera


Patm = 1 Atm = 76cmhg
        = 101.3 kNm-2 = 101.3 kPa>
  • Mempunyai daya dari semua arah
  • Tidak bergantung kepada luas permukaan.
  • Semakin bertambah altitud (ketinggian) , semakin berkurang tekan atmosfera Patm

Prinsip Pascal

  • Apabila tekanan dikenakan kepada bendalir yang tertutup , tekanan akan dihantar sama sepanjang laluan cecair tersebut : Lihat rajah di bawah -
prinsip pascal

Prinsip Archimedes

Archimedes Apabila sesuatu objek tenggelam sebahagian atau sepenuhnya di dalam bendalir (air) , berat cecair yang disesarkan adalah sama dengan daya julangan objek tersebut.

Formula untuk buoyant force

F=pVg

  • p: ketumpatan cecair
  • V: isipadu objek = isipadu cecair yang disesarkan
  • g: graviti (10ms-2)

Prinsip Bernoulli

Semakin tinggi halaju, semakin rendah tekanan .

Contoh fenomena, bumbung rumah melayang ketika ribut. Keadaan ini berlaku kerana halaju angin yang dikenakan di kawasan atas bumbung rumah sangat tinggi.

Natijahnya, tekanan di bawah bumbung tersebut semakin berkurang lalu bumbung rumah akan melayang/ tercabut. :)
Bab 3 Daya Dan Tekanan ok?  Seperti biasa Nota Fizik akan menerangkan seringkas yang boleh untuk dijadikan panduan kepada pelajar. Tekan...

Read More



Bab 2 : Daya Dan Gerakan

By Mohd Adib | at Wednesday, 8 January 2014 21:52 | 21 comments

Fizik Bab 2

Nota Fizik untuk bab dua iaitu daya dan gerakan ok? nota yang simple dan padat.

Daya dan Gerakan Fizik TIngkatan 4

  • |s|, sesaran (m)
  • |v|, halaju (ms-1) 
  • |a|, pecutan  (ms-2)
Pita Detik
  • Selang masa di antara dua titik berturutan mewakili 1 detik.
  • T = 1/frekuensi , contoh : T = 1/50hz = 0.02 s
  • Corak gerakan pita detik :


Pita Detik

Formula Asas :
  • a = (v-u)/t
  • s = ut + (1/2)at2
  • v2 = u2 + 2as
Pergerakan mendatar
  • Pada pegun ( tak bergerak ) a= 0 ms-1 
  • Halaju seragam a= 0 ms-1 
Pergerakan mencacang / menegak
  • bergerak keatas a= -10ms-2
  • Bergerak kebawah a=10ms-2
  • ketinggian maksimum v=0ms-2

Inersia
  • Hukum newton yang pertama
  • Objek akan kekal dalam keadaan egun atau dalam halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.
  • Jisim ∝ Inersia.

Keabadiaan Momentum 
  • Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran.
  • m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
Momentum


Daya
  • F = ma (N)
  • Mengubah bentuk dan pergerakan sesuatu objek.Vektor ( magnitud + arah )

Daya Impuls
  • Hukum newton kedua.
  • Kadar perubahan momentum terhadap masa tindakan yang singkat bagi sesuatu objekyang bergerak, contohnya semasa perlanggaran.
F = (mv-mu)/t , dimana t ialah masa perlanggaran.
  • Semakin bertambah masa perlanggaran, semakin berkurang daya impuls yang dihasilkan.

Daya Graviti
  • Berat, W = mg (N)
  • g ialah pecutan graviti iaitu 10 ms-2


Dinamik 2 Objek Dalam Sistem

Fizik Nota


Kerja
  • Definisi kerja ialah hasil darab daya dan sesaran.
  • W = F x s 

Tenaga Keupayaan Graviti
  • Ep = mgh (J)
Tenaga Kinetik 
  • Ek= (1/2)mv2

Prinsip Keabadian Tenaga
  • Tenaga tidak boleh (dicipta,dimusnah) TETAPI boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Kuasa
  • Kadar perubahan kerja.
  • P = W/t  (Watt)

Hukum Hook (spring)
  • Pemanjangan suatu bahan kenyal berubah secara langsung dengan daya regangan yang bertindak terhadapnya.
  • Selagi tidak melebihi had kekenyalan.
F = kx
Ep = (1/2)kx2 = (1/2)Fx

Faktor yang memepengaruhi spring 

Had kekenyalan

Nota Fizik untuk bab dua iaitu daya dan gerakan ok? nota yang simple dan padat. Daya dan Gerakan Fizik TIngkatan 4 |s| , sesaran (m...

Read More



← Previous Entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Search Physic Notes

Tags

  • Bab 1
  • Bab 2
  • Bab 3
  • Bab 4
  • Bab 5
  • Form 4

Like FB Nota Fizik !

AdibSite

Thesis By Adib Site